~aLHaMduLiLLaH~

Posted: Monday, October 11, 2010 by Silence Shooter in Labels:
10



Aku bersyukur pada mu TUHAN..
kerana telah diberi petunjuk, jalan, rezeki dan limpah kurnia yg aku rasa sgt berharga dlm perjalanan hidup ini..
Sejujurnya sebelum ini aku rasakan seperti hidup tak bermakna..
Tp KAU telah gerakkan hatiku utk meninggalkan semuanya..
termasuk rakan-rakanku..Aku tinggalkan segalanya..
Aku akui aku sunyi saat ini..

Saat aku memulakan hidup yg baru..dalam suasana yg baru
Tanpa ada insan bergelar rakan..
Yg boleh berkongsi cerita dan bergelak ketawa..
Tanpa ada insan bergelar kekasih..
Yg boleh berkongsi kasih sayang, suka dan duka..
Tp aku bersyukur..kerana aku masih ada MU TUHANku..
Yang memberi ku jalan terbaik utk ku harungi hidup penuh laluan berliku ini..

Walaupun jalan itu membuatkan aku berseorangan dlm hidup..
Aku masih ada ibuku..yang telah berkorban segalanya dari semenjak aku lahir hinggalah sekarang..Terima Kasih Ibu.
Aku masih ada saudara sedarah sedaging walaupun kami jarang bermesra..
Terima kasih adik2 ku..Along tau along bukan insan yg boleh dijadikan contoh terbaik utk kalian semua..
Tapi along bangga menjadi abg kalian..Along sayang semua..

Terima kasih padamu TUHAN..
Kerana telah memberi izin utk ku menyempurnakan impian & cita-cita ku..
Walaupun bukan semuanya terlaksana..Tapi aku masih diberi peluang utk mengejar impian yg lain..
Aku masih diberi masa utk melaksanakan impian lain..
Petunjuk dan rezeki itu adalah balasan di atas rasa kesunyian ini..
Dan sujud syukur ku sembahkan pada mu TUHAN..

ALHAMDULILLAH..
Kini aku merasa lebih tenang menjalani hidup ini..semoga ketenangan ini berkekalan hingga saat aku menutup mata buat selama-lamanya..

Al-Fatihah buat Allahyarham Musa Bin Kamin yang telah lebih setengah tahun meninggalkan kami sekeluarga..Semoga roh mu dirahmati, diberkati dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh..Tunggu kedatangan kami ya ayah..Kami sayang ayah selamanya..

Amin, YaRabbal Alamin..

SilenceShooter..


Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

10 comments:

  1. Unknown says:

    "Tanpa ada insan bergelar rakan..
    Yg boleh berkongsi cerita dan bergelak ketawa.."

    tetibe aku nk sentap dgn ayat nih... buleh?





    (T_T)

  1. ko bkn kawan aku..
    ko akak aku..
    apehal nak sentap?

  1. yes dear..
    u are my lil sis..

  1. andi says:

    sahabat lama :D, apa sahaja yang sebahagian dari hidup tu adalah madu kepada racun, HANYA KITA YANG MENENTUKAN BAGAIMANA PERJALANAN ITU AKAN DITERUSKAN JATUH ATAU NAIK dengan keredaanNYA, Setiap kesyukuran yang dipanjangkan adalah satu bab kehidupan yang kita hadapi, setiap air mata yang dingalirkan demiNYa adalah satu anugerah buat diri kita...alfatihah buat arwah

    PS:It is ok to miss the target sometimes as long you get the flag in the end :P

  1. thanx for tha advice bro..
    really appreciate it..
    insyaAllah 1 day i'll reach the flag i want :)

  1. nothing dear..
    just a major change in my life..
    i'm trying to adapt to this environment slowly..

  1. ± says:

    Al-Fatihah buat arwah ayah kau

    sori bro, aku lupa nak reply komen kau ritu
    life goes on, buang jauh2 kisah silam
    hidup aku lagi miserable sebenarnya
    u shud be grateful

  1. kita serupa bro..
    aku struggle giler2 utk survive..
    org cuma nampak aku mcm kuat..happy go lucky..tough to accept any challenge..
    tp dalaman aku takde saper pn tau bro..

    btw bila mau lepak setable?
    leh story mory..

Ideologi Korang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...