~Iftar di Bukit Broga 2012~

Posted: Tuesday, August 7, 2012 by Silence Shooter in Labels: , , , , , , , , , , ,
4

*kenangan di broga*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Da lama sgt aku tak berbasa-basi dlm ruang cyber ni. Kekangan masa membuatkan aku jd lupa seketika dengan ruang digital yg sekian lama menjadi tempat aku mencoret dan melempiaskan ideologi tahapeape aku ni.

Kali ni aku kembali dengan 'branding' yg baru. 'KembaraJiwaSepi' - nama ruang digital aku. Sesuai dengan hidup aku yg tak berapa nak terang tp tak jugak gelap sgt. Kira samar2 la. Masih lg mencari hala tuju. Masih lg mencari siapa diri aku. Mungkin pada sesetengah org, waktu seusia aku ni sepatutnya sudah pun berjumpa dengan tujuan hidup. Tapi tu org lain, bukan aku. Korang nak kata ape terpulang. Bagi aku mulut manusia ni bukan mcm mulut tempayan yg boleh ditutup. Kalaupun tak boleh tutup, aku pecahkan aje tempayan tu. Tapi la ni mulut org, takkan aku nak jahit atau pecahkan? Dari mencari matlamat hidup, ade jugak yg merengkok dlm penjara.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Samada yg aku kenal ataupun tak. Moga di bulan seribu rahmat ini, Allah tunjukkan jalan rahmat buat aku dan jugak buat korg semua. Doa2 kan utk aku jugak wey. Umo da makin lanjut tp idop still mcm ni.

Oh ya, aku nak berkongsi sedikit kenangan + pengalaman aku iftar di puncak broga bersama rakan lama + baru. Terima kasih buat Cinta Sufie sbb ajak aku join aktiviti ni. Sape kata bulan2 pose tak boleh gi mendaki? Nak seribu daya, kalo tak nak mcm2 la alasan lu bg kan? 

Pendakian dimulakan dengan Bismillah serta niat mencari ketenangan, Iftar sambil menikmati keindahan alam ciptaah Yg Maha Esa. Jam 6.30 ptg aku mulakan pendakian bersama Cinta Sufie & sorg lg member yg aku panggil abg bujal. Mana yg lain? Jgn ditanya, dorg da sampai atas dah. Tapi takpe, bg aku lg kurang org, lg cepat aku mendaki. Alhamdulillah aku sampai ke puncak 2 beberapa minit sebelum berbuka puasa. Tapi simpati pada beberapa org lg yg sampai ke destinasi ditetapkan selepas waktu berbuka. Tapi Alhamdulillah semuanya sampai dgn selamat.

Selesai Iftar, Solat maghrib dikerjakan tanpa lengah disusuli dengan...err..aku nak ckp pn segan. Pelahap jugak bebudak ni rupanya. Pas solat sambung lg makan. Mmg tak dinafikan Iftar mlm tu tersangat la mewah. Siap ada lemang 5 batang + rendang 5kg. Lepas makan, ada pulak sesi suai kenal antara peserta yg seramai 84 24 org. lepas tu sambung lg makan. Akhir sekali adalah sikit sesi bergambar beramai2. Sampai xde ruang dlm memory card. Sikit la tu. hahahaha~

Terima kasih buat semua yg hadir Iftar di broga. Korang semua adalah warna-warni dlm kehidupan aku. Terima kasih buat Cinta Sufie diatas jemputan tersebut. Terima kasih buat organizer, Saudara Faizal Samat FBK dan jugak utk peserta yg lain. Ape yg boleh aku katakan, korang mmg terbaik.

InsyaAllah gambar akan menyusul kemudian.

Buat Cinta Sufie, tabah menempuhi dugaan yg dtg. Sesungguhnya apabila iman dan tabah menguasai hati, buah rahmat yg dtg selepas dugaan itu tersangatlah manis rasanya. InsyaAllah.

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

4 comments:

  1. Hai along,

    thanks jugak sebb sudi juin. 2 hari yang menyeronokkn bersama along!!

    with love,
    cintasufie

  1. hahaha..next time we have fun again ya? :p

Ideologi Korang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...