Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

~Video Iftar Di Puncak Broga~

Posted: Wednesday, August 8, 2012 by Silence Shooter in Labels: , , , , , , , , , , , ,
2



Buat julung kalinya,majlis berbuka puasa (IFTAR) telah diadakan di puncak 2 Bukit Broga pada 4 Ogos 2012 yang lalu. Seramai 24 orang ahli penggiat rekreasi luar dan pendaki gunung dari pelbagai persatuan/kelab 'outdoor' di Malaysia seperti Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL), Outerrange Adventure(ORA), Budak Cap Ayam(BCA), Malaysia Airlines Backpackers Team, Hikmah Adventure Team(HAT), Latepackers dan sebagainya telah menghadiri majlis ini yang dijalankan dalam suasana yang harmoni dan meriah.

Disini aku sertakan rakaman ketika event Iftar di Puncak Broga pada 4 Ogos 2012. Terima kasih buat saudara Faizal Samat FBK diatas susah payah dan usaha beliau merakamkan detik ketika event berlangsung. Siap ada logo astro oasis lg. Jangan tanya aku kat mana. Warna kulit aku tak mengizinkan aku untuk muncul sebagai watak utama dlm video ni. hahaha~

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

~Iftar di Bukit Broga 2012~

Posted: Tuesday, August 7, 2012 by Silence Shooter in Labels: , , , , , , , , , , ,
4

*kenangan di broga*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Da lama sgt aku tak berbasa-basi dlm ruang cyber ni. Kekangan masa membuatkan aku jd lupa seketika dengan ruang digital yg sekian lama menjadi tempat aku mencoret dan melempiaskan ideologi tahapeape aku ni.

Kali ni aku kembali dengan 'branding' yg baru. 'KembaraJiwaSepi' - nama ruang digital aku. Sesuai dengan hidup aku yg tak berapa nak terang tp tak jugak gelap sgt. Kira samar2 la. Masih lg mencari hala tuju. Masih lg mencari siapa diri aku. Mungkin pada sesetengah org, waktu seusia aku ni sepatutnya sudah pun berjumpa dengan tujuan hidup. Tapi tu org lain, bukan aku. Korang nak kata ape terpulang. Bagi aku mulut manusia ni bukan mcm mulut tempayan yg boleh ditutup. Kalaupun tak boleh tutup, aku pecahkan aje tempayan tu. Tapi la ni mulut org, takkan aku nak jahit atau pecahkan? Dari mencari matlamat hidup, ade jugak yg merengkok dlm penjara.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Samada yg aku kenal ataupun tak. Moga di bulan seribu rahmat ini, Allah tunjukkan jalan rahmat buat aku dan jugak buat korg semua. Doa2 kan utk aku jugak wey. Umo da makin lanjut tp idop still mcm ni.

Oh ya, aku nak berkongsi sedikit kenangan + pengalaman aku iftar di puncak broga bersama rakan lama + baru. Terima kasih buat Cinta Sufie sbb ajak aku join aktiviti ni. Sape kata bulan2 pose tak boleh gi mendaki? Nak seribu daya, kalo tak nak mcm2 la alasan lu bg kan? 

Pendakian dimulakan dengan Bismillah serta niat mencari ketenangan, Iftar sambil menikmati keindahan alam ciptaah Yg Maha Esa. Jam 6.30 ptg aku mulakan pendakian bersama Cinta Sufie & sorg lg member yg aku panggil abg bujal. Mana yg lain? Jgn ditanya, dorg da sampai atas dah. Tapi takpe, bg aku lg kurang org, lg cepat aku mendaki. Alhamdulillah aku sampai ke puncak 2 beberapa minit sebelum berbuka puasa. Tapi simpati pada beberapa org lg yg sampai ke destinasi ditetapkan selepas waktu berbuka. Tapi Alhamdulillah semuanya sampai dgn selamat.

Selesai Iftar, Solat maghrib dikerjakan tanpa lengah disusuli dengan...err..aku nak ckp pn segan. Pelahap jugak bebudak ni rupanya. Pas solat sambung lg makan. Mmg tak dinafikan Iftar mlm tu tersangat la mewah. Siap ada lemang 5 batang + rendang 5kg. Lepas makan, ada pulak sesi suai kenal antara peserta yg seramai 84 24 org. lepas tu sambung lg makan. Akhir sekali adalah sikit sesi bergambar beramai2. Sampai xde ruang dlm memory card. Sikit la tu. hahahaha~

Terima kasih buat semua yg hadir Iftar di broga. Korang semua adalah warna-warni dlm kehidupan aku. Terima kasih buat Cinta Sufie diatas jemputan tersebut. Terima kasih buat organizer, Saudara Faizal Samat FBK dan jugak utk peserta yg lain. Ape yg boleh aku katakan, korang mmg terbaik.

InsyaAllah gambar akan menyusul kemudian.

Buat Cinta Sufie, tabah menempuhi dugaan yg dtg. Sesungguhnya apabila iman dan tabah menguasai hati, buah rahmat yg dtg selepas dugaan itu tersangatlah manis rasanya. InsyaAllah.

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

~Adventure Of Sungai Chilling part 1~

Posted: Monday, May 14, 2012 by Silence Shooter in Labels: , , , , ,
2

Tetiba terasa nak menulis lak walhal da lama aku biarkan blog bersawang. agak mengakui yg aku mmg malas nak update, menulis, dan yg seangkatan dengannya. padahal mcm2 dlm palotak aku ni. ape ade hal? aku bukan blogger tegar ke ape ke. aku menulis bila aku rasa aku nak menulis. aku menaip bila aku rasa aku nak menaip. idea mencurah-curah pn kalo aku malas nak coretkan kat skrin digital ni tetap tak jadik. lagipun sape nak marah aku kalo aku xnk update blog ye tak? blog aku .aku punya suka la..


Berbalik pada tajuk entry aku pada hari ni. chewah, mcm pembaca berita lak. Sebenarnya aku baru balik dr camping kat Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu. kepenatan tp sangat2 berpuas ati. salah satu sbb kenapa aku puas ati adalah disebabkan aku da lama tak wat aktiviti mcm ni. sangat2 lama. hanya disebabkan kesibukan membataskan aku utk wat aktiviti ni. nasib baik paintball tu main kat padang. kalo main kat utan tah mana-mana agaknya tu pn aku tak dapat join..


XPDC ni budak2 Kuwait Finance yg buat. yg pegi ni pn sbnrnyer budak2 Kuwait Finance gak. cuma aku ngan sorg lg mamat nama alif. aku panggil dier alif askar *mamat ni askar tp tak tau kem mana* yg bukan dari Kuwait Finance. 12 org yg join. 4 je perempuan. jadik la. dr takde langsung. sekurang-kurangnya ada jugak tukang masak time aku ngan budak2 lain dok sebok menyelam dgn bahagianya dlm sungai sambil mengejar anak2 ikan.


menyumpah sesaje aku bila dgr jawapan dr member pada member aku *masa tu aku tak kenal lg budak2 yg pegi ni*. ditanya mana lokasi dorg, jawapannya kat kuala kubu bharu (KKB). aku tau la ko kat KKB dol. tp landmark ko kat mana? tanya punya tanya tau2 aku da terlepas dr tempat dorg berenti. nasib baik tak jauh. tu pn aku rasa tak sampai 5KM pn dr destinasi. tp nak menyumpah lelebih pn tak boleh gak. sbb keter aku yg paling lambat sampai sana. almaklum la janji melayu. konon berkumpul pukul 7 pagi kat selayang. haremmmm. aku gerak paling lambat skali. mana nak amek member aku si kechik. pastu nak amek member dier lg kat wangsa maju. sudahnya aku yg malu sendiri. selepas tu, dr lokasi tak jauh dr pekan KKB, berkonvoi la ramai2 *4 bijik keter je pn* ke sungai chilling. 


Siap parking baik punya tepi jalan *ni kalo tgh mlm ada lori mabuk nak naik bukit fraser dok sapu keter kitorg kat tepi jalan sampai jatuh gaung pn takde sape perasan* cik amad tanya aku boleh tolong bawak kotak ais ni tak? *tp aku dgr dier tanya aku ada bawak kamera ke tak?* aku dgn penuh yakin jawab la tak. member da tgk lain mcm. pantas mulut aku ni tanya ape dier soal td. termalu lg aku pas dgr btol2 ape dier tanya. tanpa banyak soal aku pn ckp boleh. yela, aku sorg je pakai backpack. so tangan tu free la. takde masalah pn kalo nak bawak kotak ais tu sbnrnyer. aku yg salah dgr. tsk2.


agaknya hari tu hari termalu sedunia kot...

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

~KeNaNgaN kLaSiK uTk TaTaPaN~

Posted: Sunday, June 6, 2010 by Silence Shooter in Labels: , ,
4


Saat ini semua nya kabur..
mengganggu fikiran di kala semua sedang lena dibuai mimpi..
kenangan lalu..bertalu-talu menerjah ke ruang otak..
hingga tanpa sedar..setitik demi setitik air jernih jatuh dari kelopak mata..

Ternyata aku tidak sekuat dulu..
Ternyata aku tidak setabah yg disangka..
Tidak sekali aku menyalahkan takdir..
Mungkin tika itu kekhilafan & kenaifan membuatkan aku bertindak di luar batas..
Tp aku juga manusia biasa..
Yang tak pernah lari dari kesilapan..
Yang punya tahap kesabaran..

Terima kasih atas segala memori..
yang wujud sama ada disedari ataupun tidak..
akan aku semat segalanya..
terukir kemas di dalam lubuk hati yang paling dlm..
akan aku hargai setiap detik itu..
kerana..itu lah kenangan terindah kita..

***************************************************

Catitan ni gua tujukan buat seseorang yg tag gua video Nota Cinta di atas..
terima kasih buat segalanya..

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...