Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

~Whatsapp di PC~

Posted: Tuesday, September 11, 2012 by Silence Shooter in Labels: , , , , , , , , ,
1



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni aku nak kongsi sedikit tutorial utk penggemar dan pengguna perisian Whatsapp. Apa itu Whatsapp? Aku nak terangkan tak reti sgt. Tp cukup lah sekadar korg tau yg whatsapp ni selalunya org install dlm smartphone cthnya seperti Iphone, Blackberry ataupun Android based phone utk berkomunikasi dgn rakan2 berlainan spisis henpon. Apa yg diperlukan adalah sekadar talian internet di henpon. Kalau takde mintak maaf la. Syarikat telekomunikasi pun tak dpt nak tolong.

Tapi..tahukah korg yg korg boleh install Whatsapp ni di PC?

"Kat PC xde simcard. Xde simcard mcm mana nak guna Whatsapp?" 

Ni adalah persoalan yg aku rasa akan bermain di benak kalau diberitau Whatsapp tu boleh diinstall di PC. Jgn risau..Whatsapp di PC masih menggunakan no phone yg korg ada. Simcard korg masih berada di phone. Yg penting mcm aku kata, HARUSLAH ada talian internet. Termasuk jugak kat PC/leptop korg. Cuma bila install whatsapp, dpt la korg save dr subscribe internet kat henpon korg selalu (bg yg pakai kredit mcm aku). Di bawah adalah tutorial untuk install whatsapp di pc korg.

1. Apa yg korg perlukan adalah perisian Bluestacks. Klik disini utk muat turun perisian tersebut. Fungsi Bluestacks ni adalah utk membenarkan korg menjalankan fungsi android operating system di PC/Leptop korg. Pastikan korg ada talian internet yg aktif. Tak kisah la jiran sebelah punya line ke ape.

2. Install Bluestacks dan ikut arahan yg diberikan.

3. Pas install akan ada paparan seperti Android Market. Sebijik mcm android market dlm smartphone korg.

4. Cari perisian Whatsapp dan muat turun. Cara ini boleh diaplikasikan pada perisian lain mcm angry bird ke viber ke atau apa2 je la yg boleh diinstall di pelantar android. Cuma aku tak pasti pasal software lain sbb aku blom try.

5. Install Whatsapp dan ikut arahan yg diberikan.

6. Bila diminta utk memasukkan no phone, Sila masukkan no phone korg yg aktif. Jgn masukkan no phone jiran sebelah rumah ataupun no phone kengkawan nepal korg.

7. Tunggu sehingga korg dpt Confirmation SMS.

8. Whatsapp akan call korg kalo confirmation melalui SMS tak berjaya. Nanti korg dengar ada suara awek dok ulang2 sebut 3 nombor.

9. Masukkan 3 nombor tersebut di kotak yg disediakan.

10. Abes dah. korg dah boleh letak contact korg dan chat. Fungsi masih sama mcm Whatsapp dlm smartphone. Bleh sms & mms.

Sekian Terima Kasih.

KembarJiwaSepi : Syukur Alhamdulillah aku dpt berkongsi ilmu pengetahuan dengan izin Tuhan. Moga ilmu ini dpt memberi manfaat kepada semua.

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

~SiLeNcE Is GoOd~!!

Posted: Thursday, June 23, 2011 by Silence Shooter in Labels: , , , , , , , , , , , , , ,
5

Assalamualaikum Pembuka Kata~


Lama giler SiLeNcE tak berblogging. Ada dlm setengah tahun rasanya. Bersesuaian la agaknyer ngan nama SiLeNcE ShoOTeR. hahahaha~!! Ape pun SiLeNcE is back. Mahu berkongsi Ideology dan Pengalaman sepanjang ketiadaan SiLeNcE dlm dunia blogging ni. Maaf jika katakan, SiLeNcE tak menganggap berblogging ni sebagai suatu perkara yg penting dlm idop SiLeNcE. Berblogging hanya sekadar meluangkan masa lapang dan mungkin juga sebagai suatu catatan yg dijadikan memori utk dikenang di hari tua dan dikongsi bersama keluarga. Itupun if Tuhan izinkan SiLeNcE utk ada hayat yg panjang. Well, xde manusia yg tau dorg idop sampai bila kan? ^_^


Antara sebab SiLeNcE kembali berblogging, bila SiLeNcE dpt soklan dari Anonymous ( ni bukan team hacker anonymous yg dok hack website gomen tu. Tp someone yg SiLeNcE tak kenal ) kat formspring yg tanya bila nak hapdet blog dan menyatakan blog SiLeNcE da berabuk. Hahahaha~!! Ampun dan maaf SiLeNcE tujukan pada Encik/Cik/Tuan/Puan ( Da mcm dlm kad kawen la plak ) yg bertanyakan soklan tersebut dan jugak pd korang2 yg hampa bila bukak blog usang ni tp hampeh sbb xde hapdet. Lagipun SiLeNcE ni bukan nyer org ternama mahupun terkenal di dunia blogging ni. So tak terpikir lak ade org yg jenguk ke blog SiLeNcE ni. Ape pun skali lg SiLeNcE mohon ampun dan maaf kepada semua.


Ape pun ari ni SiLeNcE nak berkongsi sesuatu dgn...err..dgn sape2 yg baca la. Especially pengguna Blackberry. Ari ni SiLeNcE donlod 3 Themes BB yg baru. Actually SiLeNcE tak minat nak donlod themes2 ni. Bukan sbb tak suka tp tak jumpa themes yg menarik hati. Tp ari ni SiLeNcE terjumpa themes yg sgt gempak yg bila guna kat BB akan watkan layout dan display kat BB nampak mcm hightech gilos. Hahahaha~!! disebabkan ade masa terluang kat opis td, SiLeNcE pn dok godek2 apps blackberry kat tenet. Godek punya godek terjumpa lak ngan Themes Nova, Core dan Shift.








Amacam? Cun tak? Yang tak best nyer theme2 ni sumer berbayar. So sebagai seorang pengguna apps dan software haram tegar *Muahahahahahaha~!!!* SiLeNcE pn dok usahakan gak nak pakai theme2 ni secara pree. Nak bayar2 ni MALAM sket. Stakat theme je kot. Kang nnt ade prob and nak kena format ( dlm bahasa henpon dipanggil FLASH ), theme ilang, duit pn melayang mcm tu jer. So lg best carik yg haram. Lagi berbaloi2. SiLeNcE tak galakkan korg tiru sikap mcm ni ye. Lebih baik kalo download yg berbayar punya. SiLeNcE wat cmni pn coz SiLeNcE suka tweak atau moddy gadget2 mcm ni.


*Peringatan - Muat turun Perisian Haram adalah atas tanggungjawab sendiri.*


Di bawah ni SiLeNcE akan sediakan STEP BY STEP mcm mana nak install theme2 ni. Tak perlu guna BB Desktop Manager ataupun BBSAK ataupun mana2 tools. Diingatkan, theme2 yg SiLeNcE bg kat bawah ni hanya utk OS6. Pada sesaper yg nakkan theme2 ni utk version OS5, sila tinggalkan msg di inbox FaCeBoOk SiLeNcE atau boleh je bgtau kat komen kat entry ni. SiLeNcE akan upload dan bg link tersebut kat korang.


  1. Muat Turun theme yg dikehendaki dan extract menggunakan winrar. Pastikan kesemua file yg diextract berada dlm satu folder.
  2. Connect BB korang dgn laptop atau PC dan pilih USB Drive pd BB bila popup kuar.
  3. Copy folder yg mengandungi file2 theme ke dalam BB samada kedalam Internal Memory ataupun External memory a.k.a Memory Card. Digalakkan letak ler dlm Memory Card supaya tak mengganggu Internal memory BB korang. Unless kalo korang pakai model BOLD 3 9780. Yg tu kompom Internal memory dier beso.
  4. Disconnect BB dari laptop atau PC. Access file tersebut dari BB korang dgn pilih FILES yg terdapat dlm folder APPLICATIONS. Pastikan korang igt kat mana korang letak folder tersebut.
  5. Cari file format .JAD dlm folder tersebut dan click. Korang akan dpt arahan utk download. Just download pastu activate kan theme tersebut.
  6. Sekian~ 


Simple kan? So kalo nak muat turun theme2 tersebut sila klik kat nama theme dibawah gambar yg SiLeNcE letak kat atas tu. Pas install korang bleh tenung screen BB korang sampai pengsan atau sampai BB tu tembus. Hahahahahaha~!!!

Next Time SiLeNcE kongsi lg ngan korang cara2 utk tweak BB atau gadget lain. Skali lg peringatan dari SiLeNcE. Jgn amalkan sikap muat turun applikasi haram ni yer. SiLeNcE tak bertanggungjawab ke atas ape yg terjadi kat korang atau gadget korang ^_^

IdEoLoGi SeMpIT : Org Malaysia ni ramai yg pandai bab tweak or moddy ni. Tu pasal ade yg pandai wat bom ngan bahan2 yg biasa digunapakai. Jgn korang create mende2 camtu dah ler. Ahaks~

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

~[TuToRiaL] MicRoSoFT oFFiCe KoRg mTk PeNaMpO?~

Posted: Tuesday, July 6, 2010 by Silence Shooter in Labels: , , , ,
2

Gamba diatas takde kena mengena dengan entry gua

Yoshhh~!!
Setelah sekian lama gua peram otak gua..
tiba masanya gua curahkan sumernyer dlm blog kesayangan gua yg tak seberapa ni..
*blog gua low profile mcm tuan dier jugak..muahahahaha*

Apepun..ni 1st tutorial entry yg gua buat dlm blog gua..
walaupun tutorial ni lebih kepada kegunaan Power-User dan bukan End-User..
tp kalo End-User terjumpa prob mcm ni pn leh guna gak..
pendek kata Dunia IT ni sumer org leh paham ler..
antara minat ngan tak jer la yer tak? 

ok..berbalik pada prob yg gua nak ckp ni..
mungkin ada sesetengah org yg pernah ada masalah kalo nak bukak application Microsoft Office..
*yg gua kena ngan Outlook Office Professional 2003*
application tersebut seolah2 ingin membuat installation semula..
dan akan meminta file SKU011.CAB dari cd Office Professional 2003 seperti gambar dibawah..


Sorry to say..
lu org takkan jumpa file SKU011.CAB ni dlm cd tak kira la ori ker pirate..
*kalo da original CD pn takde..apatah lagik pirate..jgn bohong gua la kalo sumer ckp pakai ori..ahaks*
so..solution disini bukan pada cd..
tp pada registry key..
ape yg perlu lu org buat adalah melakukan sedikit ubahsuai atau omputeh kata EDIT pada registry key Microsoft Office..

Cara2 nyer adalah seperti dibawah..

1st. Click START dan pilih RUN..

Sila click utk tumbesaran yg tak baper sehat

2nd. Kat kotak RUN tu..lu org taip REGEDIT..pastu tekan ENTER..yg tu gua takyah nak tunjuk gamba la yer..budak tadika pn tau buat..kemudian akan terpaparlah interface REGEDIT tersebut..mcm kat bawah ni..

Sila click utk tumbesaran yg tak baper sehat

3rd. Carik HKEY_LOCAL_MACHINE..click tanda + a.k.a EXPAND kat sebelah perkataan tu..pastu pilih SOFTWARE..expand kan lagik..then carik MICROSOFT..bila da jumpa, expand kan lagik mcm tadik..kemudian carik OFFICE..expand kan lagik dan lagik..pastu search 11.0 dan expand kan mcm tadik..lastly lu org carik DELIVERY..bawah perkataan tu lu org akan jumpa satu code panjang berjela..code tersebut adalah DownloadCode bg produk Microsoft Office lu org..kalo takde DownloadCode tu means pc lu org TAKDE MICROSOFT OFFICE..sekian..fuhhh..penat dok xplain ni..

aaa..dlm istilah shortform nyer..
HKEY_LOCAL_MACHINE --> SOFTWARE --> MICROSOFT --> OFFICE --> 11.0 --> DELIVERY..

4th.  ok..seterusnyer..click code tersebut *skali click jer* pastu tgk kat sebelah kanan tu..lu org akan nampak seperti dibawah ni..

 Sila click utk tumbesaran yg tak baper sehat

5th. Wokeh..langkah seterusnya..kat sebelah kanan tu..right-click kat CDCACHE kemudian pilih MODIFY..tukarkan VALUE DATA daripada 2 kepada 0..seperti gambar dibawah..

yg ni kalo lu org tak nampak gak tatau la nak ckp ape

6th. JGN LUPA TEKAN OK~!!! pastu..SIAP~! dan lu org leh bukak application Office lu org cam biasa..

PERINGATAN - jgn memandai2 nak ubah ape2 registry key kalo lu org tatau..registry key ni ibarat urat2 dlm badan lu org..andaikata satu urat putus especially urat otak..maka mental la lu org..sama gak mcm registry key ni..kalo lu org sengaja ubah2 tanpa merujuk pada yg tau..alamatnyer OS lu org akan jadik giler..sekian~

Ideologi Sempit - ok..gua pakai XP..so what? pakai latest2 pn kalo takat status End-User baik takyah..pakai jer la windows 95 tu lagik baik..muahahahahahaha~!!! btw gua da buat tutorial bergambar sesimple yg boleh utk bg lu org paham..kalo tak paham gak sila tanya senirik secara personal pada gua..sebarang pertanyaan melalui kaunter pertanyaan gua tak layan..sekian~

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...