~WaNiTa JeLiTa BaWaK PeNyaKiT~
Posted: Wednesday, May 5, 2010 by Silence Shooter in Labels: Global, Info, Isu Semasa, Penyakit, Warning
16
sajer gua letak gamba awek FF ni..kalo letak gamba btol kang ada yg dok nak menyaman jer nnt..ahaks~
*ok..suppose gua baca pagi tadi tp tea lady office gua ni da semunyikkan awal2..hampeh btol*
Metro hari ni melaporkan bahawa pertemuan 5 minit dengan wanita cantik boleh meningkatkan paras kortisol..
LONDON: Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda.
Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.
Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka.
AKTRES Angelina Jolie sering dinobat sebagai wanita paling jelita di dunia.
Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.
Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.
Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama.
Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.
Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.
Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.
“Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.
“Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.
Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. “Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi
apa itu kortisol?
Berdasarkan apa yg gua ceduk dari blog Nurul88..
Kortisol berfungsi mempertahankan integriti tubuh, sifat responsif salur darah dan volume cairan tubuh. Kelebihan kortisol dapat menyebabkan hipertensi melalui stimulasi renin pada sistem renin angiotensin
Nampaknya penting jugak kortisol ni pada badan manusia..
*walaupun sepatah haram gua tatau ape tu kortisol even da baca pun..*
Konklusinya..
pasni pada awek2 cun kalo nak bf korg sihat sentiasa..
jgn la mekap lawa2 oke..
kalo leh biar nampak tros tompok2 + jerawat2 kat muka tu..
pada yg dah berkawin tu..
takyah la wat rawatan muka bagai..
kang laki korang mati pucuk korang gak yg meraung..
warghahahahahahahahah~!!!
pada lelaki lak..
dinasihatkan jangan tgk awek cun slalu kalo korang tak nak mati pucuk..
jeling pn kalo leh jgn..
so pada yg suka tgk vids porno tu..
tinggalkan la habit tu..
Ideologi Sempit - kalau mcm ni la gayanya..jawabnyer byk la awek2 cun yg jadik anak dara tua..
wargahahahahahahahahahaahahahahahaha~!!!
p/s sakit prot gua dok bantai gelak ari ni..ahahahaha~!!
Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :




