~Adventure Of Sungai Chilling part 1~

Posted: Monday, May 14, 2012 by Silence Shooter in Labels: , , , , ,
2

Tetiba terasa nak menulis lak walhal da lama aku biarkan blog bersawang. agak mengakui yg aku mmg malas nak update, menulis, dan yg seangkatan dengannya. padahal mcm2 dlm palotak aku ni. ape ade hal? aku bukan blogger tegar ke ape ke. aku menulis bila aku rasa aku nak menulis. aku menaip bila aku rasa aku nak menaip. idea mencurah-curah pn kalo aku malas nak coretkan kat skrin digital ni tetap tak jadik. lagipun sape nak marah aku kalo aku xnk update blog ye tak? blog aku .aku punya suka la..


Berbalik pada tajuk entry aku pada hari ni. chewah, mcm pembaca berita lak. Sebenarnya aku baru balik dr camping kat Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu. kepenatan tp sangat2 berpuas ati. salah satu sbb kenapa aku puas ati adalah disebabkan aku da lama tak wat aktiviti mcm ni. sangat2 lama. hanya disebabkan kesibukan membataskan aku utk wat aktiviti ni. nasib baik paintball tu main kat padang. kalo main kat utan tah mana-mana agaknya tu pn aku tak dapat join..


XPDC ni budak2 Kuwait Finance yg buat. yg pegi ni pn sbnrnyer budak2 Kuwait Finance gak. cuma aku ngan sorg lg mamat nama alif. aku panggil dier alif askar *mamat ni askar tp tak tau kem mana* yg bukan dari Kuwait Finance. 12 org yg join. 4 je perempuan. jadik la. dr takde langsung. sekurang-kurangnya ada jugak tukang masak time aku ngan budak2 lain dok sebok menyelam dgn bahagianya dlm sungai sambil mengejar anak2 ikan.


menyumpah sesaje aku bila dgr jawapan dr member pada member aku *masa tu aku tak kenal lg budak2 yg pegi ni*. ditanya mana lokasi dorg, jawapannya kat kuala kubu bharu (KKB). aku tau la ko kat KKB dol. tp landmark ko kat mana? tanya punya tanya tau2 aku da terlepas dr tempat dorg berenti. nasib baik tak jauh. tu pn aku rasa tak sampai 5KM pn dr destinasi. tp nak menyumpah lelebih pn tak boleh gak. sbb keter aku yg paling lambat sampai sana. almaklum la janji melayu. konon berkumpul pukul 7 pagi kat selayang. haremmmm. aku gerak paling lambat skali. mana nak amek member aku si kechik. pastu nak amek member dier lg kat wangsa maju. sudahnya aku yg malu sendiri. selepas tu, dr lokasi tak jauh dr pekan KKB, berkonvoi la ramai2 *4 bijik keter je pn* ke sungai chilling. 


Siap parking baik punya tepi jalan *ni kalo tgh mlm ada lori mabuk nak naik bukit fraser dok sapu keter kitorg kat tepi jalan sampai jatuh gaung pn takde sape perasan* cik amad tanya aku boleh tolong bawak kotak ais ni tak? *tp aku dgr dier tanya aku ada bawak kamera ke tak?* aku dgn penuh yakin jawab la tak. member da tgk lain mcm. pantas mulut aku ni tanya ape dier soal td. termalu lg aku pas dgr btol2 ape dier tanya. tanpa banyak soal aku pn ckp boleh. yela, aku sorg je pakai backpack. so tangan tu free la. takde masalah pn kalo nak bawak kotak ais tu sbnrnyer. aku yg salah dgr. tsk2.


agaknya hari tu hari termalu sedunia kot...

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

~SiLeNcE Is GoOd~!!

Posted: Thursday, June 23, 2011 by Silence Shooter in Labels: , , , , , , , , , , , , , ,
5

Assalamualaikum Pembuka Kata~


Lama giler SiLeNcE tak berblogging. Ada dlm setengah tahun rasanya. Bersesuaian la agaknyer ngan nama SiLeNcE ShoOTeR. hahahaha~!! Ape pun SiLeNcE is back. Mahu berkongsi Ideology dan Pengalaman sepanjang ketiadaan SiLeNcE dlm dunia blogging ni. Maaf jika katakan, SiLeNcE tak menganggap berblogging ni sebagai suatu perkara yg penting dlm idop SiLeNcE. Berblogging hanya sekadar meluangkan masa lapang dan mungkin juga sebagai suatu catatan yg dijadikan memori utk dikenang di hari tua dan dikongsi bersama keluarga. Itupun if Tuhan izinkan SiLeNcE utk ada hayat yg panjang. Well, xde manusia yg tau dorg idop sampai bila kan? ^_^


Antara sebab SiLeNcE kembali berblogging, bila SiLeNcE dpt soklan dari Anonymous ( ni bukan team hacker anonymous yg dok hack website gomen tu. Tp someone yg SiLeNcE tak kenal ) kat formspring yg tanya bila nak hapdet blog dan menyatakan blog SiLeNcE da berabuk. Hahahaha~!! Ampun dan maaf SiLeNcE tujukan pada Encik/Cik/Tuan/Puan ( Da mcm dlm kad kawen la plak ) yg bertanyakan soklan tersebut dan jugak pd korang2 yg hampa bila bukak blog usang ni tp hampeh sbb xde hapdet. Lagipun SiLeNcE ni bukan nyer org ternama mahupun terkenal di dunia blogging ni. So tak terpikir lak ade org yg jenguk ke blog SiLeNcE ni. Ape pun skali lg SiLeNcE mohon ampun dan maaf kepada semua.


Ape pun ari ni SiLeNcE nak berkongsi sesuatu dgn...err..dgn sape2 yg baca la. Especially pengguna Blackberry. Ari ni SiLeNcE donlod 3 Themes BB yg baru. Actually SiLeNcE tak minat nak donlod themes2 ni. Bukan sbb tak suka tp tak jumpa themes yg menarik hati. Tp ari ni SiLeNcE terjumpa themes yg sgt gempak yg bila guna kat BB akan watkan layout dan display kat BB nampak mcm hightech gilos. Hahahaha~!! disebabkan ade masa terluang kat opis td, SiLeNcE pn dok godek2 apps blackberry kat tenet. Godek punya godek terjumpa lak ngan Themes Nova, Core dan Shift.








Amacam? Cun tak? Yang tak best nyer theme2 ni sumer berbayar. So sebagai seorang pengguna apps dan software haram tegar *Muahahahahahaha~!!!* SiLeNcE pn dok usahakan gak nak pakai theme2 ni secara pree. Nak bayar2 ni MALAM sket. Stakat theme je kot. Kang nnt ade prob and nak kena format ( dlm bahasa henpon dipanggil FLASH ), theme ilang, duit pn melayang mcm tu jer. So lg best carik yg haram. Lagi berbaloi2. SiLeNcE tak galakkan korg tiru sikap mcm ni ye. Lebih baik kalo download yg berbayar punya. SiLeNcE wat cmni pn coz SiLeNcE suka tweak atau moddy gadget2 mcm ni.


*Peringatan - Muat turun Perisian Haram adalah atas tanggungjawab sendiri.*


Di bawah ni SiLeNcE akan sediakan STEP BY STEP mcm mana nak install theme2 ni. Tak perlu guna BB Desktop Manager ataupun BBSAK ataupun mana2 tools. Diingatkan, theme2 yg SiLeNcE bg kat bawah ni hanya utk OS6. Pada sesaper yg nakkan theme2 ni utk version OS5, sila tinggalkan msg di inbox FaCeBoOk SiLeNcE atau boleh je bgtau kat komen kat entry ni. SiLeNcE akan upload dan bg link tersebut kat korang.


  1. Muat Turun theme yg dikehendaki dan extract menggunakan winrar. Pastikan kesemua file yg diextract berada dlm satu folder.
  2. Connect BB korang dgn laptop atau PC dan pilih USB Drive pd BB bila popup kuar.
  3. Copy folder yg mengandungi file2 theme ke dalam BB samada kedalam Internal Memory ataupun External memory a.k.a Memory Card. Digalakkan letak ler dlm Memory Card supaya tak mengganggu Internal memory BB korang. Unless kalo korang pakai model BOLD 3 9780. Yg tu kompom Internal memory dier beso.
  4. Disconnect BB dari laptop atau PC. Access file tersebut dari BB korang dgn pilih FILES yg terdapat dlm folder APPLICATIONS. Pastikan korang igt kat mana korang letak folder tersebut.
  5. Cari file format .JAD dlm folder tersebut dan click. Korang akan dpt arahan utk download. Just download pastu activate kan theme tersebut.
  6. Sekian~ 


Simple kan? So kalo nak muat turun theme2 tersebut sila klik kat nama theme dibawah gambar yg SiLeNcE letak kat atas tu. Pas install korang bleh tenung screen BB korang sampai pengsan atau sampai BB tu tembus. Hahahahahaha~!!!

Next Time SiLeNcE kongsi lg ngan korang cara2 utk tweak BB atau gadget lain. Skali lg peringatan dari SiLeNcE. Jgn amalkan sikap muat turun applikasi haram ni yer. SiLeNcE tak bertanggungjawab ke atas ape yg terjadi kat korang atau gadget korang ^_^

IdEoLoGi SeMpIT : Org Malaysia ni ramai yg pandai bab tweak or moddy ni. Tu pasal ade yg pandai wat bom ngan bahan2 yg biasa digunapakai. Jgn korang create mende2 camtu dah ler. Ahaks~

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

~MeNduNg iTu TiDaK BeRTeRuSan~

Posted: Friday, December 10, 2010 by Silence Shooter in
6

  

Benarlah kata orang..
Bila Tuhan hilangkan matahari dari kita.
dan kita bersedih diatas kehilangan tersebut.
tanpa disangka rupanya ada pelangi yg menanti..

Sejujurnya aku tak menyangka..
aku dianugerahkan dengan pelangi yg memberi aku kebahagiaan.
walhal sebelum tu hidup aku hanya ditemani awan mendung.
tapi kini segalanya berubah.
tanpa sedar ade pelangi yg menuruti awan mendung tersebut.
sedikit demi sedikit pelangi itu memunculkan diri nya..
Alhamdulillah..
aku bersyukur dengan kurniaan dan anugerah mu Ya Allah..
akan ku tatap dan hargai pelangi itu seperti layaknya seorang hamba menikmati keindahan dari kurniaan Pencipta nya..

Semoga kebahagiaan yg kukecapi hari ini..
akan berkekalan hingga ke hari esok dan seterusnya.
sehingga tiba saatnya aku menutup mata menemui mu Sang Pencipta Alam.
sujud syukur ku sembahkan pada mu Tuhan.
di atas segala kurnia dan anugerahmu.
aku tahu aku bukan lah seorang hambamu yg baik.
terangilah hatiku..
dan tunjukkan lah jalan mu..
agar aku dpt menjadi hambamu yg baik.
Amin Ya Rabbal Alamin

To 'U'..Thanx for everything :)

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...