~PoLiTiKuS - ThE WaY oF PoLiTiCs iN 21st CenTuRy~

Posted: Tuesday, April 27, 2010 by Silence Shooter in Labels: , ,
6

Panjang kan tajuk entry kali ni?
tp entry nyer tak la sepanjang yg disangka 
*mungkin la..tgk pada rajin dan tak rajin gua menaip papan kekunci di bilik gua yg seumpama peti sejuk ni*..

Ape pun gua nak mtk la sgt2 pada sesaper yg baca entry gua ni..
jgn terus menuding jari dan sewaktu dengannya..
ini hanyalah pendapat diri gua sendirik..
lu org mungkin ada pendapat sendirik yer tak?
so jgn la anggap entry ni sebagai entry kontrobesi lak..
kang tak pasal2 gua kena tangkap lak..

Oklah..gua dpt idea ni pn masa gua gi lunch ngan officemate tadik..
kiranya dorg tu brader2 gak la 
*means lg tua dari gua*..
tgh syok2 otw nak ke cafe..
tetiba dorg berckp  pasal ~politikus malaya~..
almaklumla..bahang pilihanraya kat hulu selangor kan masih terasa walaupun sudah berlalu beberapa hari lepas..
yang pasti dari apa yg gua dengar..
wakil parti Barisan Nasional telah pn memenangi undi rakyat.. 
*bagaimana cara mereka meraih undi..itu hal dorg*
hape ke nama wakil tu..Kamalanathan?
memula tu da mcm nama melayu da..
tengah sampai blakang rupa2 nya india..

oklah..gua pn xnak merepek panjang sebenarnya..
dari perbualan brader 2 org tu..
yg sorg ni gua pasti pro PKR..
yg sorg plak pro BN..
*tu dari aper yg gua peratikan ler..*
tp nasib baik dorg ni bukan bertekak..
kira sekadar berbual secara peribadi dan professional la..
yg pro PKR kata BN da suap pengundi2 dengan duit..
katanye bekas2 penoreh getah tu jika mengundi BN dan jika BN menang..
mereka akan dpt setiap sorg RM50k..
wow~!! saper nak bg beb byk2 camtu..free plak tu..
korg cuma perlu vote jer..
dan gua dgr lg..pemberian duit tu diberi secara beransur..
iaitu sorg akan mndpt RM1k sblom pilihanraya..
dan jika BN menang, dorg dpt lg RM49k lepas tu..
wow lagik~!!
dgn RM50k tu gua boleh beli full set paintball apparels and gears + marker setiap sorg utk team paintball gua..
giler tak?
best tak?
opkos la best..
free tu..saper tak nak kan?

yg pro BN plak kata..
asalkan tujuan dorg buat tu utk kebaikan orang melayu..
dier tetap akan sokong..
walaupun dengan pemberian (?) wang sebagai taktik meraih undi..
dan gua rasa pn kan..
kalo time tu gua nak mtk tanah ker..
mtk ferrari sebijik ker..
mesti dpt kan?
untung  btol org2 Malaysia ni..
senang sgt dpt duit..
takyah keja pn xper..
asalkan lu org vote org yg sanggup bg lu hartaaaa..
uihh..da mcm ahmad albab plak..
diingatkan disini..Gua TIDAK menyokong mana2 parti politik..
kerana gua tak berminat pada politik..
so jgn ada yg kata gua pro ni la gua pro tu la..
takde eh..TIDAK ADA sama sekali..

abes citer pasal ape yg dorg bualkan..
la ni dari sudut pandangan gua plak dlm arena politikus negara ni..
samada btol atau tak si pro PKR tu ckp..
gua tak dpt la nak pastikan kebenarannya..
TAPI..jika itu benar..
apakah jalan yg diambil tu juga benar?
apakah dgn menyedekahkan (?) wang kepada pengundi itu perkara yg benar?
dan bagaimana pulak dengan pendapat pro BN?
adakah dengan berbuat begitu dgn niat memperjuangkan, mempertahankan serta menegakkan org melayu itu benar?
adakah perlakuan2 yg disebut itu benar?
asalkan niat tu memperjuangkan nasib melayu di tanah sendirik itu bermakna membenarkan perlakuan menyedekahkan (?) wang kepada pengundi?

BULLSH*T~!!!!
ini jawapan gua..
jawapan gua kepada semua persoalan diatas..
bukan kerana gua mmg tak minat dgn politik..
tp semata2 kerana hal2 diatas secara terang sudah melanggar etika berpolitik dlm agama Islam dan juga adat bangsa melayu..
kerana setau gua bangsa melayu ini adalah bangsa yg kaya dgn adat..
*walaupun hakikatnya zaman la ni byk sgt da melayu campo..termasuk gua la yg ada darah cina walaupun tak nampak sket pn rupa mcm cina..tp sekurang2 nya gua bangga dgn darah melayu dan bangga menyatakan yg gua ini anak melayu di bumi M'sia ni..*
tiada fatwa yg menyatakan 'Niat itu menghalalkan cara'..
TIDAK ADA sama sekali..
so alasan dgn menyedekahkan (?) wang ringgit kepada pengundi dgn niat memperjuangkan org melayu itu juga tak relevan dan tak boleh diterima akal..
lalu apa sbnrnya tujuan dorg?
takkan korg takleh nak pk kot?
dah tentu la nak menang undi..
untuk ape lg yer tak?

Di muka depan akhbar berita harian ari ni plak ada gamba dan statement konon2 nyer wakil yg menang bersalaman dengan bekas peneroka dlm majlis penyampaian wang pendahuluan pembelian tanah..
pembelian tanah apa sbnrnyer?
parti yg menang tu ada beli tanah bekas peneroka kat hulu selangor sana ker?
agak2 la kan?
ape keadaan skang ni kalo keadaan tu terbalik..
maksud gua yg menang tu kalah dan yg kalah tu menang..
agak2 ada ke pembelian tanah ni?
agak2 akan wujud ker projek2 yg dijanjikan oleh mulut2 manis sebelom pilihanraya tu?
jawapan gua..TIADA..TAKDE..
so kesimpulannya janji2 tu sekadar janji manis yg dilafazkan dgn hati yg tidak ikhlas..
yg hanya mengharapkan pengundi mempercayai janji2 manis dorg..
so kalo dorg tak menang bermakna takde la pembelian tanah (?) ataupun projek2 yg dijanjikan..
dan adakah itu caranya mereka ini memperjuangkan nasib org melayu?
gua cuma mampu tergelak dgn jawapan yg pastinya lu org pn tau..
ahaks~

so dalam hal ni saper yg salah dan saper yg btol?
lu org pikirkan sendirik..
tp pada gua semua salah dan sumer btol..
*termasuk gua la sbb gua tak minat politik..entry ni pn gua tulis sbb gua tak minat politik..ahaks~*
SALAH kerana perbuatan menabur janji manis dan menyedekah (?) wang ringgit adalah perbuatan yg tak btol..
SALAH kerana perbuatan itu yg kononnyer disertai dgn niat memperjuangkan nasib bangsa melayu hanyalah pembohongan semata2..
kalo kalah tu takde dah perjuangan utk melayu..
ilang sumer janji2 manis tu..
so mana btolnya?
btolnyer pada pandangan dorg yg mengamalkan sikap 'Niat menghalalkan cara'..
so btol la tu..pada dorg la..bukan pada gua ataupun pada mereka yg sependapat..

Tapi sblom tu harus diingat sekali lg..
ini cuma pandangan politikus dari seorg yg tidak mempunyai apa2 ikatan atau ilmu berkaitan politik ni..
opkos la gua kan..
saper lg owner blog hodoh ni?
ahaks~
bukan bermakna ape yg dicakapkan oleh dua org brader tu btol..
ini kerana gua sendirik xtau dimana kebenarannya..
kalo btol bermakna btol la ape yg gua ckp..
kalo tak btol bermakna ngan gua ngan lu org skali la kena tipu..

Tp sejujurnya nak bgtau kenapa gua tak minat politikus M'sia ni..
kerana scene politikus la ni bukan seperti scene dulu..
tak seperti zaman Tun Abdul Razak, Tun Abdul Rahman mahupun Tun Hussein Onn..
ataupun seperti zaman Mat Kilau, Datuk Bahaman ataupun Tok Janggut  serta pahlawan2 lain yg sememangnya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu waktu tu ataupun skang ni Malaysia..
Arena politikus dulu lebih kepada niat sebenar memperjuangkan bangsa dan Tanah Melayu itu sendiri..
bukan disertai dengan unsur2 kertas bermuka sultan ataupun bertandatangan Gabenor..
so bg gua..politikus di zaman itu bukanlah politikus..
tapi sebenar2 politik..
zaman sekarang ni baru digelar politikus sbb ianya bukan sebenar2 politik..
ada org kata kat gua yg politik zaman ni adalah POLITIK WANG..
dan knp gua kata zaman la ni punya politik bukan sbnr2 politik..
lu org bayangkan la..
hanya kerana perbezaan pendapat antara parti yg disertai..
laki bini boleh bercerai berai..
mak dan anak tak bertegur sapa..
so politik zaman la ni sbnrnyer utk menyatukan bangsa ataupun memecahbelahkan bangsa?
gua nampak ianya sekadar platform utk menunjukkan kekuatan dan kuasa masing2..
memperjuangkan penipuan dan ketidakbenaran serta pemutarbelitan fakta..
oleh sebab itu gua mengambil keputusan utk menjadi pemerhati dan tidak terlibat tros dgn dunia politik ni..

Dan bukanlah niat gua untuk menerapkan sikap perkauman ataupun membezakan agama..
lgpun gua ada ramai kawan yg bukan berbangsa melayu..
malah lebih rapat dari kawan berbangsa melayu sendiri..
so pada yg bukan melayu..
jgn salah sangka ok..
gua cuma menyelar sikap pemimpin2 yg menggunakan alasan memperjuangkan bangsa utk kepentingan diri sendiri..

Tp sbnrnyer mengikut pandangan dan sejarah Islam itu sendiri..
politik itu sudah wujud sejak zaman nabi lg..
dan menurut ustaz gua..
sewajibnya sebagai seorg Islam..
kita memilih pemimpin dikalangan org Islam itu sendiri..
kerana di hari akhirat kelak..
kita akan disoal tentang siapa yg kita pilih utk menjadi pemimpin kita..
jika pemimpin yg dipilih itu bukan Islam..
paham2 la ape yg lu org akan dpt..
TAPI..bagaimana pulak jika kita memilih pemimpin Islam tp pemimpin itu tidak menjalankan peranannya sebagai seorg pemimpin Islam? Senang kata beliau bukan pemimpin yg baik..
dan yg bukan Islam itu pulak boleh menjadi pemimpin yg lebih baik dari pemimpin Islam itu sendirik?
Adakah berdosa kita memilih pemimpin bkan Islam?
Bagaimana dengan pengundi2 yg memilih seorg yg bukan Islam sebagai pemimpin?
adakah mereka dikategorikan sebagai org yg berdosa?
WALLAHUALAM..
itu urusan mereka dengan Tuhan Yang Maha Kuasa..
Gua sendiri tak terdaya menjawabnya..
sbb gua sendirik mengabaikan tanggungjawab sebagai pengundi..
dan gua sendirik tak tau gua berada dikalangan org yg mana..
hanya tuhan yg layak menghukum hambanya..

Cukup sekadar disini gua mencurahkan ideologi sempit gua..
lebih2 kang gua kena tahan polis plak..
gua tak nak menjadi seperti aduka taruna yg terang2 menderhaka kepada sultan..
gua tak nak menjadi seorg lagi penderhaka kepada bangsa..
so..CHALOS~
Assalamualaikum~

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

6 comments:

  1. anys-ann. says:

    borinkkkkkknyaaa bab neh! tak sukaa :P

  1. along lg la tak suka..
    cuma along ada ideologi sendirik dlm hal mcm ni..
    so its time for me to show my ideologi :p

  1. org xminat politik.. along ckp ape pun xpaham.. yang kuar zzzzzzzz jer :P

  1. along pn tak minat gak politik..
    ni cuma dari pandangan seorg along jer..
    ahahahahaha~!!!

  1. nuyuljana says:

    aku baca tak sampai ending dah tertidur.

    aku pun x minat politik

    ;p

  1. lol..
    yg gi baca wat aper?
    kan dah kata yg ni sekadar ideologi sempit aku.
    coz bg aku kadang2 kena jugak peratikan mende alah ni walaupun kita tak involve..
    sekurang2 nyer sebagai langkah berjaga2..
    supaya nnt kita tak bermain dan terperangkap dlm tipu daya politik..

Ideologi Korang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...