~DiMaNa NiLai KeMaNuSiaN iTu?~

Posted: Friday, June 4, 2010 by Silence Shooter in Labels: , ,
1


Entry ni menyatakan mengenai nilai kemanusiaan tp gua xnak sentuh pasal kes buang bayi atau kes serangan Israel kepada konvoi bantuan kemanusiaan GAZA walaupun isu tu ternyata lebih sesuai dgn tajuk entry kali ni..

Sedang gua bersarapan menikmati nasik goreng free kat pantry office..
*ternyata percuma itu adalah satu nikmat*
Gua terbaca di muka depan akhbar metro mengenai tragedi yg berlaku berhampiran jejantas Jalan Cheras susur bulatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan..
Dibawah merupakan laporan dari Harian Metro...

KUALA LUMPUR: Amat memilukan apabila seorang wanita meraung meminta tolong gagal diselamatkan sebelum mati terbakar apabila kenderaan dipandunya dirempuh sebuah kereta lain dan lori dari belakang.
Mangsa dikenali Slorina a/k Joseph, 27, yang tersepit hanya mampu melambai tangan meminta tolong sebelum Perodua Myvi dipandunya dijilat api dalam kemalangan kira-kira 3.25 pagi semalam. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata kemalangan itu berlaku berhampiran jejantas Jalan Cheras susur bulatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM). Menurutnya, ketika kejadian sebuah Toyota Vios dinaiki seorang lelaki dan wanita dipandu laju dari Kajang ke pusat bandar raya. “Kereta terbabit dipercayai dipandu terlalu laju sehingga ia terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh tiang lampu serta memasuki laluan bertentangan.
“Pada masa sama Perodua Myvi dipandu seorang wanita datang dari arah pusat bandar raya terus dirempuh kuat Toyota Vios terbabit yang melayang ke laluan bertentangan,” katanya. Menurutnya, lebih mengerikan apabila sebuah lori yang mengekori Myvi itu tidak sempat mengelak menyebabkan lori berkenaan merempuh kereta wanita itu.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan Myvi terbabit remuk sebelum pemandunya tersepit di dalam kenderaan. Lebih mencemaskan apabila pelanggaran itu mengakibatkan kebakaran pada Myvi terbabit. “Mangsa yang ketika itu masih sedarkan dirikan diri cuba menyelamatkan diri namun kakinya tersepit. Akibatnya mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta tolong,” katanya.

Difahamkan ketika kejadian orang ramai termasuk pemandu lori yang merempuh wanita terbabit cuba memberikan bantuan kecemasan namun api terlalu marak dengan cepat.

“Akibatnya mangsa hangus sebelum sempat bomba datang memadamkan kebakaran,” katanya.

Menurutnya, pada peringkat awal polis gagal mengenal pasti identiti pemandu wanita yang hangus 80 peratus tubuhnya. Malah, usaha mengenal pasti identiti mangsa turut menemui jalan sukar apabila nombor pendaftaran kenderaan terbabit hangus.

“Namun berdasarkan siasatan pada nombor casis kereta itu, polis dapat menjejak pemiliknya iaitu lelaki yang menetap di Melaka yang meminjamkan keretanya kepada seorang lelaki yang menetap di sini. “Siasatan lanjut mendapati dia adalah teman lelaki mangsa yang meminjamkan kereta itu dan dia bergegas ke PPUKM bagi mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

Sementara itu, katanya, kereta Toyota Vios dinaiki dua mangsa dikenali Chen Yoke Xing, 24, dan Chong Kar Jun, 17, adalah pelajar sebuah kolej dandanan rambut.

“Mangsa yang terselamat dilaporkan kritikal di PPUKM selepas cedera di kepala. Pada masa sama polis masih menyiasat sama ada pemandu Toyota Vios terbabit dalam keadaan mabuk ketika kejadian,” katanya yang kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai.

Laporan ni mengingatkan gua kepada notes yg bertajuk "FUCK BHP!!!!! FUCK BHP!!! why? let me tell you!!" yg dipos oleh manager team gua smlm kat Facebook dier yg diambil dari profile owner notes tersebut yg bernama Akina Teo..

this morning approx 3.20am, at Cheras Tmn Pertama roundabout,

saw a freak accident, involving a Vios, Myvi and a Lorry.

im one the first badge who arrive, mean it just happen maybe seconds ago.

Vios believe to be turtle and badly damaged. When im passing by the vios, rear passenger started to pull out the front driver and front passenger.

then when i pass the Myvi, the car was totally sardine. Heard one girl was yelling cos piined inside. I stop my car then run towards the myvi to offer a hand while calling 999 emergency line to request for ambulance and bomba.

then saw fire spark at the engine bay of myvi. while still on the phone with emergency line to provide more details, i run back to my car and drive to BHP station which is just less than 500m away from the scene.

then i request for the fire extingusher from the attendant which is kept inside. There was 4 extingusher on the ground. But the attendant refuse to pass to me.

the BHP attendant claimed dat the door cant be open.

then i shout at him, i need it! i want it! someone is pinned inside the car and its started to burn!

then the BHP attendant keep repeating he kenot borrow and open the door.

then i was like WTF! if ur kiosk is burning can u come out? then he replied yes.

then he still say he kenot open the door. Then he say his boss wont allowed to borrow. WTF!!!

then i started to amuk kicking the kiosk and punching the glass of the kiosk.

i even throw my IC to him say that if im dun return u report police.

i saw i borrow.. if i use it i will pay for it. then he keep on just smile at me.

then he ask another partner to come out. Then i start shouting and yelling at them with bad words saying dat if the girl dies you two are the murderer.

then the 2nd BHP attendant shout back at me.

i demand for their names, i told them i would complain bout them,

then the 2nd attendant copy down my number plate and said that all my acts been recorded on CCTV and he gonna report to police tumoro. I challenged him.

then i drove off back to the scene.. the car was totally burning and the poor girl was burn alive inside.

then i spoke to the Bomba and PDRM how many casualties was inside. they told me one girl.

Then i spoke to PDRM about the incident happen in BHP.. then the policemen also scold with anger WTF with them.. if i could get the fire extingushier.. the girl might be saved.

then the Policemen ask me to go police station to report a cover about the BHP, and he assured me that the stupid BHP wont get to report on me.

Personally i would like to ask, how much does 4 fire extingusher cost? isit more expensive than a life?

would like to ask the BHP petrol station's boss! u cant afford to lose 4 fire extingusher then u better closed down your station!!!! Fuck you boss!!!!

and this is to BHP MALAYSIA!! seens your procedure to keep all safety gadget inside the kiosk... if anything happen during refueling... is your attendant gonna open the door to help? seens he claimed that the door cant be open after hours??

FUCK YOU BHP!!! FUCK YOU!!!

i personally from now on will boycott BHP... i dont know how about you all!!!

gonna give BHP HQ a call tumoro... see what the fuck will they say about this kind of safety measurement they have!!!!!

for the two BHP attendant!!! you are the murderer!!!!! "

Takziah kepada keluarga si mati..
cuma gua terkilan kenapa sampai mcm tu skali sikap staff BHP tu..
yes..mungkin ada yg kata dorg takut nak bukak pintu coz mendakwa pernah dirompak sebelom ni..
*rujuk blog bro ondscene..*
tp takkan la sampai penulis notes tersebut dah keluarkan IC dan nak serahkan kepada staff tersebut tp dorg still berkeras
siap sekadar mempamerkan senyum lg??
tak boleh fikir ker?
kalo setakat nak rompak, tak perlu nak amek tong gas pemadam api tu..
kalo setakat nak pecahkan pintu cermin tu..tak payah guna tong gas tu..
byk lg mende yg ada kat sekeliling tu yg leh dijadikan senjata..
dan perompak mana yg bodoh sampaikan sanggup merompak tanpa topeng muka dan dedahkan muka dier depan cctv??
kamon la beb..nyawa org tu..tak ternilai kalo nak dibandingkan dengan tong pemadam api tu..
kalo gua yg berada di posisi penulis notes tu..
gua pn akan lakukan perkara yg sama..
dan confirm gua akan menangis & meraung bila tak dpt selamatkan pemandu kereta tu..
sedangkan dier ada peluang lebih 50% utk selamatkan mangsa tp peluang tu diranapkan dek sikap staff BHP tu..
Ni ker sikap manusia zaman sekarang??
sejujurnya..gua rasa sedih dgn ape yg jadi..

Semoga apa yg berlaku menjadi teladan kepada semua terutama reader dan silent reader blog gua yg tak seberapa ni..aminn~

Ideologi Sempit - bila manusia dah lebih pentingkan material dari nyawa..tak lama lg huru hara la Malaysia ni..

Kalo Korang Rasa Suka Ngan Entry Ni, Sila Click Button Facebook Like Kat Bawah Yer. :

1 comments:

  1. mmg x bperikemanusiaan!!! 1 nyawa dipertaruhkan krn pengecut! bodoh!!! mmg bodoh! me 2 will boicot those BHP stations..NO TO BHP!!!

Ideologi Korang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...